Wednesday, November 4, 2009

Activate your Email Subscription to: CINA ISLAM (林川興)

Hello there,

You recently requested an email subscription to CINA ISLAM (林川興). We
can't wait to send the updates you want via email, so please click the
following link to activate your subscription immediately:

http://feedburner.google.com/fb/a/mailconfirm?k=pv1Wu2J4eWvwkw9weYcK095FXDw

(If the link above does not appear clickable or does not open a browser
window when you click it, copy it and paste it into your web browser's
Location bar.)

CINA ISLAM (林川興) : NIZAR LAWAN ZAMBRY: HANYA ARTIKEL 72 SEBAGAI BUKTI

solehah telah menghantar pautan ke blog kepada anda:



Blog: CINA ISLAM (林川興)
Catatan: NIZAR LAWAN ZAMBRY: HANYA ARTIKEL 72 SEBAGAI BUKTI
Pautan: http://idhamlim.blogspot.com/2009/11/nizar-lawan-zambry-hanya-artikel-72.html

--
Dikuasakan oleh Blogger
http://www.blogger.com/

Sunday, November 1, 2009

resolusi

Dear user,

A user, najiha would like to share this article / content with you. To visit this article / content, simply click on the following URL / URI:

Site: http://perak.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1061:resolusi-pakatan-rakyat-perak&catid=50:isu-semasa-perak&Itemid=128

P/S: This may be a restricted content which requires you to be registered on the site.

Thursday, October 29, 2009

Bersama LKK Pas Perak-lawatan kerumah keluarga mangsa Jambatan Runtuh






Gambar2 sekitar lawatan ke Mambang Diawan

Tuesday, October 27, 2009

Tragedi Kuala Dipang





Tragedi jambatan gantung yang runtuh di Pusat Kokurikulum diKuala Dipang mengundang pelbagai persoalam yang yeng perlu dijawab oleh pihak yang bertanggung-jawab.
Kerana hendak menyahut Slogan 1 malaysia yang di popularkan oleh PM ,pihak Kementerian telah bertungkuslumus mengerahkan penganjuran Perkhemahan 1 Malaysia yang disertai oleh pelajar-pelajar lepasan UPSR..(nak berkhemah boleh!!)apa yang diragui oleh tempat yang disediakan dalam kadar waktu yang singkat dengan mepertarungkan nyawa anak-anak sekolah yang hanya faham erti keseronokan..bagaimana boleh satu perkhemahan yang dihadiri oleh 298 pelajar yang setiap kali waktu makan perlu menyeberangi sungai dengan menaiki jambtan gantung...anak-anak sekolah tidak wajar dipersalahkan..setiap bangunan yang hendak dibina untuk kegunaan kanak-kanak perlu mengambil kira semua aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini...

HIMPUNAN MUSLIMAT ONE BLACK PERAK



Tanggal 24 Oktober menjadi saksi kesatuan dan semangat yang ditunjukkan oleh Muslimat Perak apabila berjaya mengadakan Himpunan Muslimat One Black Perak yang dipengerusi oleh Dr Najihatussolehah Ahmad. Program bermula dengan menyanyikan lagu Kebangsaan Perak dan ucapan aluan dari Dr Najihah sendiri.Seterusnya pidato dari Ketua Muslimat Pas Perak Ust Bariah Alang Sepri diiukuti dengan pemidato dari Pesuruhjaya Pas Perak Tn Haji Abu Bakar. Kehadiran dato Seri Ir Nizar dialukan dan disambut dengan sokongan Muslimat Perak sendiri. Ucapan dari dato Seri bergema menunjukkan kepimpinannya sebagai Menteri besar Pakatan Rakyat.Selepas itu ucapan dari Dr Mariah selaku pengarahpiliharaya muslimat Pusat memberi penerangan bahawa muslimat perlu bersiapsedia bagi menghadapi piliharaya yang dtg pada bila-bila masa sahaja. YB Zailah mewakili Ust Nuridah memberi ucapan pengakhiran dan kata-kata semangat buat semua muslimat. Program diteruskan lagi dengan penyampaian sajak dari Kak Noor Salmiah berkenaan dengan Bubar Dun. Deklari Muslimat disampaikan sebagai ikrar muslimat untuk tetap teguh dengan kepimpinan pemimpin Pakatan Rakyat Perak sekarang dan program diakhiri dengan bacaan doa wehdah dan doa penutup .

Semoga dengan program yang telah berjaya berlangsung memberi semangat dan jiwa yang kental agar muslimat terus kehadapan dalam meninggikan syiar Islam dengan melakukan perubahan terhadap pemerintahan kerajaan sekarang yang cuba menafikan hak perjuangan dan kuasa rakyat. TAKBIR!!!! BUBAR BUBAR BUBAR DUN!!! HANCUR HANCUR HANCUR BN!!!

















Sunday, October 25, 2009

Amanat Ketua DMP Pusat(telah diwakili YB Zailah )dalam himpunan Semarakkan One-Black Perak

Muslimat Pemangkin Perubahan
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada seluruh kepimpinan dan ahli-ahli Dewan Muslimat PAS Perak kerana berjaya mengadakan himpunan muslimat – “semarakkan one-black Perak” ini.
Sayugia kita ambil perhatian berat bahawa himpunan ini adalah tanda protes dan amarah kita yang mesti kita luah dan semarakkan kepada rakyat.

Kita menentang habis-habisan strategi jahat UMNO Barisan Nasional yang telah memerangkap 2 orang exco kerajaan Pakatan Rakyat dengan ugutan dan kes rasuah dimana akhirnya menjadikan isu tersebut sebagai batu loncatan untuk menculik dan merasuah serta memaksa mereka bersama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak untuk memihak dan menyokong BN. Turut diculik juga ialah seorang wakil BN yang baru saja menyertai Pakatan Rakyat.
Maka berlakulah kudeta (coup de tat) one black Perak ini dan tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat secara tidak demokratik. Tindakan jahat dan rakus UMNO BN ini bukanlah buat kali pertama, malah merupakan ulangan terhadap sejarah hitam tumbangnya kerajaan PAS di Terengganu pada 1961 dan kerajaan PBS di Sabah pimpinan Datok Seri Pairin Kitingan pada 1994 yang lalu.
Justeru itu tidak ada alasan syarie’ bagi kita untuk berpeluk tubuh memerhatikan saja kemungkaran yang telah berlaku di depan mata kita. Sesungguhnya dalam usaha kita mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran itu, para muslimat perlu bangkit bersama-sama secara terancang dan bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan yang lebih baik.

Muslimat yang dikasihi sekalian,

Sebelum saya berbicara terus kepada tajuk amanat yang diberikan kepada saya –“Muslimat pemangkin perubahan” terlebih dahulu saya mohon berbanyak maaf kerana tidak dapat bersama-sama anda semua pada himpunan kali ini disebabkan komitmen program yang telah dirancang lebih awal untuk lawatan saya ke United Kingdom dan Ireland dari 21 hingga 30 Oktober ini.
Topik “Muslimat pemangkin perubahan” adalah manifestasi gerak kerja yang besar dan merupakan satu tanggungjawab yang berat untuk kita pikul bersama. Tetapi demi kedaulatan Islam yang masih tidak mampu dinobatkan di bumi tercinta ini, juga demi keadilan sejagat yang menuntut kesejahteraan rakyat, para muslimat mesti bangun, berani dan bersungguh-sungguh menyinsing lengan bersama-sama melaksanakan tugas dan amanah ini.

Muslimat yang dikasihi sekalian,
Sesungguhnya apabila disebut muslimat, sebenarnya siapakah insan itu? Jika kita rujuk al-Quran “muslimat” adalah gelaran daripada Allah s.w.t seperti firmanNya dalam ayat 78, surah al-Hajj yang bermaksud:

“ Ia Allah menamakan kamu muslimin sejak dari zaman berzaman dan juga (kamu dipanggil muslimin) di dalam kitab al-Quran…”
Oleh itu muslimat dari sudut kemanusiaan tidak berbeza dengan muslimin kerana asal-usul kejadian kita semua adalah satu. Ertinya Islam telah meletakkan persamaan gender sejak dulu lagi, tidak seperti yang dilaung-laungkan apa yang dikatakan sebagai “gender inequality” oleh puak-puak liberal sekarang. Manifestasi ini dirakamkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran pada ayat 189, surah al-‘araf yang bermaksud:

“ Dialah yang menjadikan kamu daripada jiwa yang satu (nabi Adam a.s.)……”

Justeru itu muslimat yang dikasihi sekalian, muslimat yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t itu adalah kita semua. Kitalah wanita-wanita Islam pendokong Parti Islam SeMalaysia – PAS yang tidak kenal penat lelah berjuang untuk meninggikan dan menegakkan syariat Allah s.w.t yang lengkap dan bermanafaat untuk semua insan, tidak kira apa bangsa dan paras rupa serta agama anutan mereka dibumi tercinta ini.
Oleh itu tugas yang terpikul kepada kita untuk membawa perubahan yang lebih baik secara jelas para muslimat disebut, diminta dan dirayu menjadi “pemangkin” kepada perubahan itu.

Muslimat yang dikasihi sekalian,
Apakah pula yang dimaksudkan sebagai “pemangkin”? Merujuk kepada kamus DBP, pemangkin adalah faktor atau unsur yang dapat mempercepatkan atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan dan sama erti dengan catalyst (dalam Bahasa Inggeris).

Maka selaku pemangkin untuk melakukan satu perubahan yang lebih baik kita perlu kepada ciri-ciri utama atau sifat-sifat berikut:

1. Penyuluh – petunjuk kepada matlamat yang terang dan jelas. Selaku penyuluh muslimat perlulah memahami matlamat atau objektif yang hendak dicapai dan bagaimana untuk mencapainya,

2. Pendorong – mempertingkatkan keazaman dan kesungguhan untuk mencapai matlamat. Membantu membina sikap yang istiqamah dan fokus terhadap tugas dan tuntutan yang telah diamanahkan,

3. Pembimbing – membantu dan menunjuk ajar dalam melaksanakan tugas ke arah pencapaian yang cemerlang. Membina sikap agar tidak takut untuk mencuba, tidak phobia terhadap kegagalan. Berani kerana benar dan tidak segan untuk bertanya jika tidak tahu.

4. Pemantau – muhasabah, mengawas, memerhati dan menilai kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Membina sikap berani memberi teguran ikhlas serta mengakui kesilapan dan memperbetul tatacara, kerana asasnya mengikut hukum fiqh matlamat tidak menghalalkan cara, mestilah semua gerak kerja berlandaskan cara Islam.

5. Pengiktiraf – memberikan pujian atau pengiktirafan terhadap kejayaan dan kecermelangan pelaksanaan satu-satu tugas. Memberikan kata-kata semangat agar para muslimat merasai benar-benar hasil kerja yang ia jalankan. Bak kata-kata pendorong dalam Bahasa Inggeris - “give credit to where it is due”.

Kesimpulannya dalam usaha mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran, setiap tenaga muslimat harus bersedia dilatih sebagai pemangkin yang efektif dan berjaya dibentuk menjadi mujahidah solehah yang amat prihatin dan memahami sasaran dakwahnya.

Seharusnya seluruh tenaga muslimat Perak khasnya dan merata muslimat di Malaysia ini amnya mengambil semangat dan iktibar daripada ikon-ikon pemangkin mujahidin dan mujahidah Islam di sepanjang zaman. Ikon sebagai contoh teladan seperti Sultan Muhammad al-Fateh remaja Islam yang telah menawan kota Constantinople yang sekarang bergelar Istanbul ataupun Salahuddin al-Ayubi yang telah menawan kembali kota suci Baitul Mukaddis, selain ikon contoh teladan paling unggul Rasulullah s.a.w. bukannya “Madonna’’ ataupun “Mariah Carey”.

Akhirnya marilah kita sama-sama memanjatkan doa, bermunajat memohon agar Allah s.w.t memudahkan segala gerak kerja kita dan mengembalikan hak rakyat Perak untuk memilih kerajaan yang mereka inginkan. Ingatlah pesanan baginda Rasulullah s.a.w bahawa doa itu adalah senjata bagi orang-orang yang beriman.

Wa Allahu ‘alam bis sawab.


USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua, Dewan Muslimat PAS Pusat
24 Oktober 2009.
Ayer Tawar, Perak Darul Ridzuan.

Tuesday, October 13, 2009

Fw: BAGAN PINANG: ANALISA AWAL



----- Forwarded Message ----
From: Lajnah Penerangan Pas Pusat <penerangan.paspusat@yahoo.com>
To: al_jundiathirah@yahoo.com; um8894@yahoo.com; dr_asiah@yahoo.com.my; ummu9_zaid@yahoo.com; sudmpkedah_mklg@yahoo.com.my; hawa_yaakub@yahoo.com; johorean8974@yahoo.com; kakmastura@yahoo.com; aidarawa54@yahoo.com; mujahidahislam@yahoo.com; sal_abwah@yahoo.com.my; mumtaz_md_nawi@hotmail.com; amzil33@yahoo.com; aakmus@yahoo.com; drhalimah@selangor.gov.my; drmariahmahmud@yahoo.com; szailah@gmail.com; ubaidah@hotmail.com
Sent: Wednesday, October 14, 2009 10:04:53
Subject: BAGAN PINANG: ANALISA AWAL



BAGAN PINANG: ANALISA AWAL

USTAZ IDRIS HAJI AHMAD

13/10/2009

 

BN menang dengan memperolehi 8013 undi manakala  Zulkifli Mohd Omar mendapat 2578 undi dengan majoritI 5435, undi rosak 223 undi. Ini adalah adat perlawanan ada kalah dan ada menang.. PAS menerima kekalahan dengan hati terbuka, kerana itulah kehendak pengundi di Bagan Pinang dalam PRK 11/10/2009. Kemenangan Umno adalah fenomena sementara, untuk kerugian masa depan politik mereka. Sejarah tidak akan boleh dipadamkan Umno adalah parti hipokrit dalam soal integriti dan moral. Mereka sanggup mengenepikan apa sahaja , semata-mata untuk menang, walaupun tahu risiko jangka panjang. Sudah amalan lazim pemimpin umno bertindak  banyak merugikan politik negara untuk jangka panjang walaupun untung jangka pendek. Sejarah sahaja yang akan membuktikan.

-Kemenangan ini adalah faktor Tan Sri Isa Samad. Selama 22 tahun beliau menjadi Menteri Besar adalah satu kelebihan, sudah lama pengundi makan air tangan beliau

-Demografi penduduk Bagan Pinang, walaupun dalam masyarakat yang tidak jauh daripada bandar tetapi pemikiran dan otak mereka jauh kebelakang macam masyarakat yang berada di pendalaman.

-Suasana malapnya masjid dan surau adalah satu kelebihan kepada Umno. Contohnya Masjid Bagan Pinang sendiri suasana jamaah maghrib tidak sampai 20 orang. Tidak ada satu pun masjid dan surau yang dianggap boleh mengajar gambaran Islam yang sebenar. Cuma ada sebuah masjid lama di Teluk Kemang.

-Masyarakat dan anak muda yang lekang dari agama adalah kelebihan kepada Umno.

-Masyarakat yang bergantung kepada industri pelancongan kebiasaannya lebih terpengaruh dengan kebendaan tanpa memperdulikan kepentingan ummah.

-Undi pos yang tidak dipos adalah simpanan tetap Umno dalam pilihanraya

-Di dalam DUN Bagan Pinang, ada 4 cawangan PAS sahaja dengan bilangan ahli kira-kira 100 orang berbanding dengan ahli Umno 3017 orang.

-Masyarakat India yang tinggal di estet yang hanya gaji RM11 sehari adalah satu kelebihan kepada Umno. Selalunya orang miskin akan menjadi makanan Umno dalam pilihanraya.

-Masyarakat India tidak celik maklumat sehingga isu pijak kepala lembu dan demo anti kuil mereka tidak mengetahui. Mereka hanya mendapat maklumat daripada propaganda televisyen sahaja. Keadaan ini merupakan sambal ulam Umno untuk membodohkan rakyat.

-Pengundi India yang terpengaruh  dengan janji Timbalan Perdana Menteri projek rumah mesra rakyat sebanyak 150 buah rumah dengan perbelanjaan RM25 juta dan tapak kuil di Port Dicson seluas 0.6 hektar. 

- Budaya takut di kalangan pengundi  melayu, kerana ia dikelilingi oleh masyarakat yang karat dengan umno. Buktinya ketika kita berkempen rumah ke rumah mereka mengaku sudah lama mengundi PAS, tetapi takut menzahirkan diri.

-Budaya politik kenduri, sakit dan mati masih kuat. Kebetulan yang dominasinya ialah umno,  contohnya  seorang imam masjid di di dalam dewan negeri Bagan Pinang menjadi ketua cawangan Umno. Oleh kerana takut mayat tidak terurus nasi kenduri menjadi basi maka mereka tidak berani membuat sokongan terbuka kepada PAS.

-Kegigihan rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti DAP, PKR memang boleh dipuji, seolah-olah mereka bertanding dalam PRK di Bagan Pinang.

-Sokongan Kelab Penyokong PAS yang begitu gigih dengan memakai baju dan memegang panji Pas adalah satu penerusan keraja yang emreka lakuakan sejak PRK 12 2008

-Usaha gigih ahli-ahli PAS di seluruh negara yang bertungkus lumus dan memberi sokongan, terutama selepas beberapa petugas PAS dibelasah oleh samsing Umno. Rupa-rupanya samseng Umno seperti Sarip Dol  kampung dusun sahaja. Berani ketika mereka ramai, tetapi pengecut ketika penyokong PAS sama ramai.

-Apa yang berlaku semuanya ada hikmah yang Allah maha mengetahui untuk mentarbiah pimpinan dan ahli PAS. Sunnah Allah akan memberi kemenangan apabila kita mencukupkan syaratnya seperti, ahli, cawangan , jentera, kewangan, ukhwah, starategi dan tawakkal kepada Allah. Tidak boleh mengharapakan hasil hanya dengan "Kun fayakun" atau gelombang rakyat sahaja tanpa pengorbanan dan usaha jihad yang lebih.  

 




New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Thursday, October 8, 2009

Sedikit catatan





Tika catatan ini ditulis..sedang berlaku satu lagi PRK yang bakal menyaksikan pertembungan antara PR dan BN..minggu lepas aku berkesempatan meninjau ke lokasi tersebut dengan hasrat membantu beberapa program yang dirancang bawah LKK baik diperingkat negeri dan pusat. Aku tiba agak lewat petang dan perlu membawa bersama anak-anak dibawah umur .Setelah check in di bilik penginapan yang ditawarkan oleh seorang sahabat dan puaskan hati anak 2 yang ketagih sangat nak mandi-manda.Malamnya aku bawa depa p round di Bagan Pinang..sebaik sahaja melintasi Markas Besar DAP..kedengaran suara dari penceramah yang tidak asing lagi..suami kata tak cam ke suara sape tu..siapa lagi kalau bukan MB Nizar...kami pun stop dan bawa anak-anak turun..dan mendekati markas tersebut..(mula-mula dok tepi jalan je.).tapi bila dah makin rancak dan hangat. Malam tu agak panjang MB Nizar berbahasa Mandarin(bila pulak MB masuk sekolah Cina) tiba-tiba saudar Amran mendekati aku dan bertanya ..betulke bos kita tu cakap..??awak yang pernah belajar SRJK selama6 tahun ni kata betul le..dan tanya balik kat Amran .Bila belajar...Macam ni baru Pemimpin 1 Malaysia(lepas ni Najib kena cakap Mandarain,kena cakap Tamil,kena cakap Iban..etc- kalu tidak rentikan nak kempen one malaysia--tak lalu teman). Malm tu MB Nizar siap nyanyi dalam B. Mandari minta rakyat pilih Bulan(yek liang)..satu pengalaman yang mencuitkan bagi anak-anak yang aku bawa malam tu..depa dapat belon lambang DAP..anak-anak pun kena didedahkan dari awal..supaya tidak kekok bila cakap pasal politik.Politik adalah sebahagian daripada Islam..kita bukan ajar ilmu sekular kat anak-anak--politik tak campur dengan hal-hal agama..kita lihat bagaimana anak -anak Palestin yang sejak dari kecil telah diasuh mengenal erti perjuangan...jumpa lagi.

Tuesday, September 15, 2009

Suak Padi dalam ingatan sempena Ramadhan-Syawal




Saudara seislam di Perkampungan Suak padi, Tumbuh hangat, Kg Gedong Batu dan Kg Bunut turut diziarahi DMPP dan DPPP menjelang Syawal...wajah2 Pakcik saiful dan anak2,Erni dan keluarga,kak Ita dan Kartini serta yang lain sentiasa di ingatan...

Himpunan BERSIH yang penuh sejarah.